Sunday, December 26, 2010

Medical Card

Definisi Medical Card@Kad perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta secara cashless.

Ringkasan manfaat utama Takaful Health
  • Bonus Tiada Tuntutan
  • Perlindungan menyeluruh untuk bil kemasukan hospital dan pembedahan.
  • Pilihan untuk mengetepikan had tuntutan tahunan
  • Pilihan dari Pelan perubatan yang mampu dimiliki
  • Perlindungan sehingga umur 70 tahun dan 80 tahun
ANDA MENDAPAT GANJARAN APABILA KEKAL SIHAT

Di dalam kehidupan kita,kekayaan yang sebenar adalah kesihatan kita.Kami di pruBSN,memahami yang anda sentiasa berusaha untuk mengekalkan tubuh badan anda yang sihat supaya anda dapat menjalani hidup anda dengan sempurna.

Oleh yang demikian ,pruBSN telah memperkenalkan Takaful Health,satu pelan perubatan yang memberi anda ganjaran untuk kekal sihat.Dengan pelan ini,anda akan menerima bonus tahunan sehingga RM500 jika tiada sebarang tuntutan dibuat untuk tahun itu.Selain daripada itu,pruBSN takaful juga akan membiayai kos rawatan perubatan anda jika anda sakit.

Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut :

  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Faedah NCD : No Claim Diskaun kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
  • Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan.Anda dibenarkan untuk terus claim mengikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang melebihi had limit tahunan,kita tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.




Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.Pengecualian yang biasa ialah:

  1. Kecederaan diri yang disengajakan.
  2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
  3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
  4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
  5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
  6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
  7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
  8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
  9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
  10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
  11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
  12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
  13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.

Nota Penting :
Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.
Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :

1. Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular

2. Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.


3. Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak


4. Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele


5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan


6. Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.


Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.

No comments:

Post a Comment