Sunday, December 26, 2010

Kenapa Perlunya Insurans??

Hadis riwayat Al-bukhari

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

Cuba bayangkan situasi di bawah ini!!!
pernah kah anda melawat orang sakit di hospital?
pernah kah anda pergi majlis tahlil ?
pernah kah anda terfikir, jika anda di tempat orang yang anda lawati itu?



Di dalam kehidupan ini, jika kita sihat …. mungkin kita akan sakit…
Jika kita hidup, kematian itu adalah pasti..


Adakah anda bersedia untuk menghadapi perkara di bawah


1. KEMATIAN USIA MUDA - kita ada dengar jiran, kawan, saudara mara kemalangan ataupun ada masalah kesihatan dan berlaku kematian pada usia muda mungkin 20-an, 30-an ataupun 40-an, sekiranya berlaku kepada saya macam mana dengan semua tanggungan dan liabiliti yang masih belum habis dibayar? pendapatan keluarga cuma tinggal separuh sekiranya suami isteri bekerja atau mungkin tiada lansung sekiranya hanya suami bekerja. BAGAIMANA NAK MENERUSKAN HIDUP, WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALA-GALANYA ADALAH WANG.

2. HIDUP TERLALU LAMA - Kita pernah terjumpa atau mungkin moyang kita sendiri ada yang hidup sehingga 80 tahun, 90 tahun dan sebagainya. Apakah akan berlaku sekiranya WANG ANDA MATI DAHULU sebelum anda? Berdasarkan statistik banci oleh kerajaan,kebanyakan rakyat Malaysia pencen umur 55 tahun, purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75 tahun, jadi kita perlukan dana untuk meneruskan kelansungan hidup.Secara Purata ,seorang rakyat Malaysia yang sudah bersara memerlukan RM 500 setiap bulan untuk meneruskan kehidupan dengan selesa tetapi tidak mewah.Jika kita diandaikan meninggal dunia pada umur 75 tahun,kita masih ada 20 tahun untuk hidup dan memerlukan RM500 x 20 tahun x 12 bulan =Rm120,000.Adakah anda mempunyai duit sebanyak itu?Jika ada pun,apa akan terjadi jika kita ditimpa sakit?Dari mana hendak kita mencari duit untuk membayar bil?Pikir-pikirkan lah!!!

*Pengiraan di atas belum dimasukkan faktor inflasi. Jadi mulakan SIMPANAN secara BERDISIPLIN DENGAN AKAUN ISTIMEWA DAN UNIK kami sekarang. Adakah cukup simpanan KWSP anda yang ra
ta-ratanya adalah hanya RM100,000 sahaja jumlah apabila kita mencapai umur 55?

3. HIDUP LAMA TETAPI SAKIT- Anda hidup tetapi hidup dalam keadaan disable, jadi hanya hospital sahaja yang akan menjaga kita sekiranya kita ada duit.kalau duit tiada,isteri pon tak nak jaga kite.Ramai orang merasakan sudah cukup perlindungan yang diberikan oleh syarikat anda bekerja? Persoalannya ?

i) SAMPAI BILA ANDA AKAN BERKERJA DISITU??


ii)SYARIKAT ANDA MELINDUNGI ANDA SEHINGGA UMUR 55 SAHAJA....SEKIRANYA ANDA SAKIT PADA MASA ITU TIADA PLAN BOLEH DIAMBIL LAGI
...SEKIRANYA boleh harganya adalah 5x ganda...MAMPUKAH KITA??SEKIRANYA TIDAK MAMPU, ADAKAH ANDA MAHU MENGGUNAKAN WANG KWSP ANDA UNTUK MEMBAYAR BIL HOSPITAL?? 

iii)ANDAKAH ANDA SANGGUP BERATUR PANJANG DENGAN ORANG LAIN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN???

4. SIMPANAN UNTUK PELAJARAN ANAK DAN PERSARAAN - Takaful adalah satu medium yang menggalakkan anda menyimpan untuk pelajaran anak dan persaraan anda. Dengan manfaat yang diberikan duit simpanan anda akan "CONTINUE GROWING" walaupun anda diagnose penyakit kritikal.

No comments:

Post a Comment