Monday, April 11, 2011

Hanya 19%wanita Malaysia dilindungi Insurans

ARKIB : 12/04/2006

Hanya 19% wanita Malaysia dilindungi insurans

KUALA LUMPUR 11 April - Hanya sejumlah 19 peratus wanita Malaysia yang terdedah dengan kanser payu daya dan serviks mempunyai perlindungan insurans, kata syarikat insurans Prudential Assurance (M) Bhd.
Prudential juga menambah hanya 10 peratus wanita Melayu didapati mempunyai perlindungan insurans.
Katanya, berdasarkan kajian syarikat sebanyak 37 peratus daripada semua tuntutan kanser yang dibuat oleh pemegang polisi wanita melibatkan kanser payu dara manakala tuntutan kanser serviks pula sebanyak 11 peratus.
Prudential berkata, dengan kemajuan perubatan dan pelbagai pilihan diagnostik dan rawatan yang terdapat pada zaman sekarang, penyakit berbahaya boleh dikesan lebih awal dan dirawat hingga sembuh.
Bagaimanapun, kos rawatan hospital dan pembedahan mahal dan ini menyebabkan pesakit dan keluarga terpaksa menanggung beban kewangan.
Ia tidak termasuk kos rawatan pemulihan selepas pembedahan, seperti pembedahan rekonstruktif payu dara selepas mastektomi (pembuangan payu dara melalui pembedahan).
Katanya, berdasarkan keadaan semasa adalah penting bagi wanita menyiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan dengan melabur dalam pelan insurans bersepadu.
“Ia bertujuan meringankan beban kewangan sekiranya keadaan yang tidak diingini berlaku, tetapi juga untuk menanggung keperluan mereka selepas pembedahan,'' kata Prudential dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, syarikat itu mempunyai dua pelan perlindungan baru khas untuk wanita iaitu PRUlady dan PRUlady plus untuk membantu mereka menghadapi penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser.
PRUlady adalah pelan perlindungan bagi enam jenis kanser iaitu kanse payu dara, kanser serviks dan kanser ovari dengan menawarkan jumlah insurans sebanyak RM50,000, RM100,000 dan RM150,000.
Sementara pelan PRUlady plus pula lebih komprehensif kerana ia ditujukan kepada wanita yang merancang untuk memulakan hidup berkeluarga atau mempunyai lebih ramai anak.
Kedua-dua pelan itu disasarkan kepada wanita berusia 18 hingga 60 tahun.

No comments:

Post a Comment